Kalkulator jual rumah

Disediakan oleh pasukan JualRumahCepat.my, dikemas kini

Tiga kalkulator untuk kos utama jual beli rumah di Malaysia. Semua kadar disemak dengan sumber rasmi pada 27 Oktober 2026.

Kalkulator CKHT

Kira cukai keuntungan harta tanah bila jual rumah. Isi harga dan tarikh beli serta jual, dan tengok kadar, pengecualian, CKHT dan duit bersih. Kalkulator ni juga papar tarikh kadar seterusnya turun.

Kalkulator duti setem

Kira duti setem pindah milik dan perjanjian pinjaman yang pembeli tanggung. Termasuk pengecualian rumah pertama hingga RM500,000, cadangan Belanjawan 2027 dan kadar 8% untuk pembeli asing.

Kalkulator kos guaman

Kira yuran peguam jual rumah ikut skala SRO 2023. Tengok julat yuran dari diskaun 25% hingga skala penuh, dengan SST 8% dan disbursement yang anda isi sendiri.

Siapa bayar apa

KosSiapa bayarKalkulator
CKHTPenjual, kalau ada untung yang kena cukaiKalkulator CKHT
Yuran peguam jualPenjualKalkulator kos guaman
Duti setem pindah milikPembeliKalkulator duti setem

CKHT ialah tanggungjawab penjual ikut LHDN, manakala duti setem pindah milik ditanggung pembeli ikut Jadual Ketiga Akta Setem 1949 yang letak duti atas penerima pindah milik.

Kos lain seperti tebus pinjaman dan komisen ejen ada dalam panduan kos jual rumah di Malaysia.

Berapa nilai rumah anda?

Jawab 5 soalan ringkas dan dapatkan anggaran nilai rumah anda serta-merta, percuma.

Semak nilai rumah percuma

Sumber rujukan

  1. LHDN, Tanggungjawab Pelupus dan Pemeroleh CKHT
  2. Akta Setem 1949 (Akta 378), Jadual Ketiga
  3. Solicitors' Remuneration Order 2023, P.U. (A) 207